Thursday 4 August 2011

Tujuan Bleaching rambut dan langkah-langkah






TUJUAN BLEACHING RAMBUT
  • Untuk mengurangkan warna rambut kepada warna yang lebih cerah,misalnya daripada warna hitam kepada warna coklat,merah,merah keemasan,keemasan,kuning dan kuning muda.
  • Membantu mengembangkan rambut supaya boleh menyerap pewarna yang akan digunakan untuk mewarna rambut.
  • Menjadikan stail rambut lebih menarik dan eksotik.
LANGKAH-LANGKAH / KAEDAH

Kebiasaannya mencerah dilakukan pada keseluruhan rambut. Bagi mempelbagaikan stail pencerahan rambut, teknik tipping, frosting dan streaking boleh dilakukan.
  1. Kaedah tipping - tipping adalah kaedah mencerah secara celupan calit yang dilakukan pada bahagian hujung rambut yang dicerahkan.
Langkah-langkah mencerah dengan kaedah tipping
      1. Menyediakan peralatan
      2. Menyediakan pelanggan :
  • Pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa.
  • Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan.
  • Alas bahu dengan tuala.
  • Syampu rambut (jika perlu)
  • Analisis rambut dan kulit kepala pelanggan
     3. Mencerah rambut (bahagian hadapan rambut sahaja)
     a) Membahagikan rambut
  • Bahagikan rambut kepada dua bahagian,iaitu hadapan dan belakang
  • Klip bahagian belakang rambut dengan kemas.
  • Sapukan krim pelindung di bahagian garis rambut hadapan dan garis pemisah antara hadapan dan belakang.
      b) Membubuh bahan pencerah rambut
  • letakkan kerajang aluminium yang telah dipotong dibahagian belakang rambut.
  • Sapukan campuran pencerah di bahagian hujung rambut dengan anggaran 3/4 daripada panjang rambut.
  • Bungkus rambut dengan kerajang aluminium dan klipkan.
  • Ulang kaedah yang sama dibahagian lain.
  • Biarkan beberapa ketika untuk proses tindakan pencerah.
      c) Membungkus rambut dengan jala rambut untuk mendapatkan haba daripada pengering rambut atau
          alat pemanas eletrik yang lain.
      d) Melakukan ujian pencerah di bawah cahaya yang terang.
      e) Membersihkan pencerah dengan air suam dan bubuh perapi warna.
      f) Mensyampu rambut dengan syampu perapi.
   
      4) Menggayakan rambut dengan stail yang sesuai.

2.Kaedah Frosting
Frosting ialah kaedah mencerah dan menompok warna di bahagian tertentu pada rambut.

Langkah-langkah mencerah dengan kaedah frosting
      1. Menyediakan peralatan dan bahan
      2. Menyediakan pelanggan
  • Pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa.
  • Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan.
  • Alas bahu dengan tuala.
  • Syampu rambut (jika perlu)
  • Analisis rambut dan kulit kepala pelanggan.
      3. Mencerah rambut
      a) Membahagikan rambut
  • Bahagikan rambut kepada sembilan bahagian
  • Tinggalkan rambut anggaran 2.5cm lebar dibahagian belakang. Sapukan krim pelindung di sekeliling garis rambut.
  • Bancuh pencerah rambut.
      c) Menyapu bahan pencerah.
  • Bermula dari bahagian tengkuk, ambil rambut dengan anggaran keluasan 2.5cm persegi.
  • Dengan menggunakan sikat ekor, ambil rambut dalam jumlah yang kecil, alas dengan kerajang aluminium dan sapukan bahan pencerah dia atas serta di bawah rambut.
  • Bungkus rambut menggunakan kerajang aluminium dengan kemas dan klipkan.
  • Ulang kaedah yang sama di bahagian lain hingga habis semua bahagian rambut dengan kedudukan kerajang aluminium berselang seli.
  • Set masa dan buat ujian setiap 15minit sehingga memperoleh warna yang dikehendaki.
      d) Membersih dan membilas rambut.
  • Tanggalkan semua kerajang aluminium dan bilas rambut.
  • Bubuh toner rambut sekurang-kurangnya 10minit untuk hasil yang memuaskan.
  • syampu dan bilas dengan syampu warna. Bubuh perapi.
      4) Menggayakan rambut dengan stail yang sesuai.




No comments:

Post a Comment