Saturday 18 June 2011

SOLEKAN







                                                                 Pengenalan


Solekan merupakan cara menghias diri dengan menggunakan bahan contohnya seperti bedak, gincu dan celak. Tujuan solekan muka adalah untuk menampakkan wajah kelihatan lebih menarik, penampilan imej yang menarik, menambah keyakinan diri, dan menyembunyikan kecelaan kulit.



                               Sejarah Solekan

Pada tahun 70 an negara kuba sudah mulai mengeksport sebanyak 40 tan plasenta manusia ke Meriux Laoratorium di Perancis. Pada suatu masa yang sama, di Kuba seorang spesialis ginekeologi, obstestetric dan farmakologi serta rakannya menemui suatu substansi yang menstimulasi aktiviti pigmentasi saat mereka mempelajari metabolisme plasenta hidup pada kondisi laboratorium.

Kejayaan penggunaan substansi yang terdapat dalam plasenta tersebut pada perlakuan penyakit kulit yang dikenal sebagai vitiligo (sejenis penyakit kulit yang tidak berpigmen). Sehingga pada tahun 1980-1982 pemerintah Kuba menghentikan pengiriman plasenta ke Perancis, dan memulai untuk memproduksi ubat yang dikenal sebagai Melagenina pada industri farmasi dalam negerinya. Kaedah ini kemudian bertambah ke negara-negara terdekat seperti Mexico, Venezuela, Kolumbia.

Pada tahun 1987, akhirnya untuk mengantisipasi jumlah pesakit yang semakin meningkat yaitu 100 pesakit setiap bulan yang berasal dari 90 negara, Kuba mendirikan Jasa klinik internasional untuk pengubatan vitiligo. Tempoh 1988 -1991 negara tersebut sudah mula mengeksport Melagenina. Diikuti dengan pengembangan pusat- pusat kesehatan yang merupakan cabang dari negara Kuba di negara-negara lain seperti Spanyol, Kolumbia, Mexico, Peru,Argentina, Rusia dan Afrika.

Pada tahun 1992-1994 pemerintah Kuba menganalisa bahawa penting untuk membangun bahan yang memproduksi berbagai macam ubat-ubatan dari plasenta manusia tidak hanya untuk Melagenina, tetapi juga pengubatan untuk perawatan lainnya seperti kosmetik, yang terbukti bahwa plasenta memiliki efesiensi yang menakjubkan untuk menunda proses penuaan.

Hasil penelitian tersebut ditemukan oleh Dr.Carlos Miyares Cao dan tim nya dari Pusat Histoterapy Plasenta yang kemudian berhasil dengan beberapa produknya iaitu :

1970-1980 :

Melagenina (untuk pengubatan vitiligo) Coriodermina (untuk pengubatan Psoriasis)

Piloactive lotion (untuk pengubatan Alopecia) 1980-1990 :

Tromboplastine (pengumpalan darah) Ophtalmic Anti -inflammatory Factor Dietary Supplement (osteoporosis-anemia) 1980-1994 :

Melagenina Plus dan Forte enteral food (perawatan intensiv) placental Lactogen (obstetric) Kosmetik 1980-1990

Placental shampoo Bioactive Dermal cream 1990-1994 :

Amniotic collagen cream Hair conditioner Facial tonic Cleaning Milks Bioactive Dermal Soap.




Dari mana sumber plasenta itu di dapati ?

Plasenta dikumpulkan dari rumah sakit bersalin dan kebidanan Kuba, disimpan dan dijaga agar plasenta tidak beku. Plasenta tersebut kemudian di ekstrak dan di proses sesuai dengan produk yang diinginkan, dikemas untuk selanjutnya didistribusikan di dalam negeri dan di eksport.

Saat ini Pusat dari Histoterapi plasenta di Kuba memiliki 2 area iaitu jasa klinik dan penelitian dengan tugas utama memberikan pelayanan medik  untuk pesakit-pesakit yang berasal dari Kuba sendiri serta pesakit asing yang menderita vitiligo, Psoriasis dan Alopecia. Penelitian untuk ubat dan kosmetik yang baru yang diperolehi dari plasenta manusia. Membuat  kaedah analisis laboratorium untuk menentukan kualiti dari hasil produk yang berasal dari plasenta manusia.

Area yang lainnya adalah mengatur  pengurusan dan produksi perusahaan. Tugas utamanya adalah memasarkan produk yang dihasilkan dari plasenta manusia. Memproduksi ubat-ubatan, kosmetik dan nutrisi yang diekstrak dari plasenta manusia. (Halal Guide) .



                            

 
                     Bentuk-Bentuk Wajah

 Sebelum mulakan solekan, kita harus kenali bentuk wajah kita sebagai dasar solekan, supaya tahu mana yang mesti ditonjolkan dan ditutupi.


[oval.jpg]
WAJAH OVAL, (Dian Sastrowardoyo)

Bentuk wajah paling ideal dengan struktur wajah panjang dan tulang rahang tidak terlalu menonjol. Kerana Ideal jadi tidak terlalu perlu di perbetulkan melalui solekan.


[bulat2.jpg]

WAJAH BULAT, (Rossa)

Kontur muka berbentuk bulat biasanya pendek, lebar dan pipi penuh.


[persegi.jpg]

WAJAH PERSEGI, (Tamara Bleszynski)

Muka berbentuk empat segi biasanya lebar dan bersegi didahi dan dagu.




[panjang.jpg]

WAJAH PANJANG, ( Cathy Sharon )
Muka berbentuk panjang, biasanya mempunyai rangka sempit dan panjang.



[segitiga.jpg]

WAJAH SEGITIGA, (Astrid Tiar)

Pelipis yang lebih lebar berbanding rahang dan dagu yang cukup panjang



[diamond2.jpg]

WAJAH Intan, (Bunga Citra Lestari)

Muka berbentuk intan biasanya sempit dibahagian dahi dan dagu. Rangka muka bersegi berbentuk heksagon.




     




TEORI WARNA

Konsultasi Warna

Roda warna merupakan carta yang mengandungi susunan pelbagai warna iaitu warna panas dan warna sejuk. Ini menentukan kombinasi warna yang sesuai sewaktu menyolek. Roda warna boleh digunakan sebagai panduan semasa menyolek.

Kombinasi & Keharmornian Warna

Warna utama
Bagi mendapatkan warna yang menarik dan sesuai dengan kulit pelanggan,jurusolek perlu mahir menggunakan warna agar kombinasi warna yang digunakan kelihatan harmoni. Terdapat tiga warna utama iaitu warna primer, sekunder dan tertier.

Warna Primer
terdiri dari warna kuning,biru dan merah.Warna yang tidak boleh dihasilkan atau diperolehi daripada campuran sebarang warna.





Warna Sekunder
warna yang dihasilkan daripada campuran dua warna primer dalam kuantiti yang sama seperti:
Kuning + Merah= Oren
Merah + Biru = Ungu
Kuning + Biru = Hijau







Warna Tertier
Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6 warna.



Warna Asas
CampuranWarna SekunderHasil Warna
Kuning+HijauKuning Hijau
Kuning+JinggaKuning Jingga
Merah+JinggaMerah Jingga
Merah+UnguMerah Ungu
Biru+UnguBiru Ungu
Biru+HijauBiru Hijau



 



  Warna Panas & Warna Sejuk



Kumpulan warna panas & sejuk

Warna Panas



 1. Terdiri daripada kumpulan warna merah,     jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan
4. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas

Kumpulan warna merah dari cili

Bunga yang berwarna merah


Warna Sejuk

1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
3. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti:

Laut & Langit


Bunga Lily berwarna ungu berlatarbelakangkan daun berwarna hijau



Pemandangan dikawasan laut, warna biru & ungu.



Pemilihan Warna


Warna kulit adalah faktor penting yang mempengaruhi pemilihan warna dan jenis kosmetik yang kamu perlukan. Berikut adalah panduan pemilihan warna kosmetik yang paling sesuai untuk warna kulit :

1) Pemilihan Warna Solekan untuk Kulit Cerah
- Penggunaan warna terang untuk kelihatan moden dan ceria.
- Penggunaan warna pastel untuk kelihatan lembut, manis dan segar.
- Penggunaan warna gelap untuk kelihatan elegan. Warna ini sesuai untuk digunakan untuk solekan wajah pada waktu malam.
- Penggunaan warna pink dan hijau memberikan kesan klasik.


2) Pemilihan Warna Solekan untuk Kulit Kuning Langsat
- Elak menggunakan warna pastel kerana warna ini akan membuatkan wajah kamu kelihatan kotor atau comot. Kombinasi warna pastel dan warna kuning adalah padanan warna yang tidak serasi.
- Elak menggunakan warna terang kerana jenis warna ini akan memberi kesan terlalu kontra pada wajah. Kamu mungkin akan kelihatan seperti badut!
- Pilihlah warna hijau tua, ungu, biru, pink dan seumpamanya untuk kelihatan menarik untuk solekan pada siang hari.
- Pilihlah warna gelap yang mewah untuk kelihatan elegan pada waktu malam.
- Pilihlah warna emas atau copper untuk kelihatan eksotik.


3) Pemilihan Warna Solekan Untuk Kulit Sawo Matang
- Elak menggunakan warna pastel terutama yang berjenis ‘matte’ kerana warna ini akan membuatkan wajah kamu kelihat kotor atau comot.
- Pilihlah warna-warna yang mengandungi pengilat (shimmer) untuk kesan berkilau dan kelihatan eksotik.
- Pilihlah warna gelap dengan kesan shimmer pada waktu malam untuk kelihatan hebat.


Faktor Pencahayaan
Faktor pencahayaan juga harus diambil kira ketika kita ingin memulakan sesi mekap. Cahaya yang terang dapat memudahkan kita melihat sama ada mekap kita tidak terlalu tebal atau tidak terlalu nipis,bersesuaian dengan konsep yang dikehendaki. Dengan adanya cahaya yang terang kita dapat mengenal pasti samaada hasil solekan kita cukup sempurna atau mempunyai sebarang kecelaan.










Pengenalan kepada peralatan kosmetik



1- Cape mekap
Kegunaannya adalah untuk melindungi baju pelanggan.







2. Headband

Digunakan ketika menyolek untuk menghalang rambut pelanggan dari terjatuh ke muka dan memudahkan kerja untuk solekan.


 

3. Span makeup

Span berfungsi untuk menyempurnakan sapuan bahan kosmetik berbentuk serbuk, bedak padat, cecair (liquid) atau krim dengan sekata.

- Span bulat besar
Digunakan untuk sapuan bedak alas tanpa menggunakan jari sehingga lebih rata.

- Span bersegi
Digunakan untuk sapuan bedak alas atau concealer pada daerah lekukan wajah yang sukar dijangkau seperti bahagian lekukan hidung.

- Span batang
Digunakan untuk sapuan pewarna mata




4. Cermin muka
Membolehkan pelanggan  melihat kesan mekap.






5. Paf Bedak
 Membubuh  bedak serbuk




6. Berus-berus mekap

 

a- Berus bedak serbuk
Memberus bedak serbuk yang berlebihan dimuka.


b- Berus pembayang mata
Membubuh dan meratakan pembayang mata



c- Aplikator Pembayang Mata
Membubuh dan meratakan pembayang mata



d- Berus/Sikat bulu kening
 Memberus bulu kening


e- Mascara wand
Membubuh maskara pada bulu mata



f- Berus celak mata
Membubuh celak mata pada mata.



g- Berus pemerah pipi
Digunakan untuk meletakkan dan meratakan pemerah pipi ke muka






h- Berus pembentuk bibir
Digunakan untuk membentuk garisan diluar bibir


i- Berus bibir
Digunakan untuk meletakkan dan meratakan gincu pada bibir.



j. Berus Foundation
Digunakan untuk meletakkan dan meratakan foundation ke muka.




7- Pelentik bulu mata
Digunakan untuk melentikkan bulu mata.




8.Tweezer

Digunakan untuk mencabut bulu kening agar kening kelihatan kemas dan cantik.
9. Sharpener
Digunakan untuk menajamkan pensil bulu kening atau pensil penggaris mata.
10. Cotton buds
Digunakan untuk membersihkan dan meratakan lebihan-lebihan mekap dimuka setelah disolek.



11. Tisu muka
Digunakan untuk menanggalkan mekap atau kotoran dimuka dan juga atas tujuan menjaga kebersihan.


Shiseido® Facial Cotton

12. Kapas Muka
Digunakan semasa memakai penyegar ke muka.