SEBELUM MEWARNAKAN RAMBUT
- Pastikan alat yang akan digunakan dalam keadaan bersihn telah disteril.
- Pastikan telah melakukan ujian kulit 24jam sebelum mewarna rambut.
- Jika terdapat tanda positif semasa ujian kulit, elakkan mewarna rambut.
- Buat ujian pewarna untuk menentukan warna yang sesuai.
- Elakkan melakukan rawatan rambut sebelum mewarna
- Elakkan memberus rambut sebelum mewarna.
- Pastikan isi padu hidrogen peroksida adalah pada kadar yang betul dan sesuai dengan volume yang dikehendaki.
- Pastikan kulit kepala tidak bermasalah.
SEMASA MEWARNA RAMBUT
- Lindungi pakaian pelanggan dan pendandan.
- Lindungi kulit pelanggan dengan krim pelindung.
- Sentiasa memakai sarung tangan semasa melakukan kerja mewarna.
- Bancuh pewarna dengan cermat sebaik sahaja hendak menggunakannya.
- Jangan gunakan pembancuh (aplikator) dan bekas dari logam untuk membancuh warna.
- Sentiasa berhati-hati semasa mewarna dan elakkan terkena mata pelanggan.
- Sentiasa bekerja mengikut arahan dan cekap.
- Buang segera pewarna yang terkena pada kulit.
- Jangan menarik rambut terlalu kuat semasa proses mewarna dijalankan.
- Bersihkan segera warna yang terkena pada pakaian dengan air.
- Bersihkan segera kulit yang terkena pewarna dengan air.
SELEPAS MEWARNA RAMBUT
- Jangan gayakan rambut dengan pengetak dan pengikal eletrik.
- Jangan gunakan suhu yang tinggi semasa meniup kering rambut.
- Berikan rawatan pemulihan pada rambut yang telah diwarnakan supaya rambut kembali kepada kelenturan asal.
- Pastikan menyimpan dan mengisi rekod pelanggan.
- Bersihkan semua alatan yang telah digunakan dengan segera dan simpan di tempat yang betul.
- simpan bahan pewarna yang lebih di dalam bekas bertutup rapat pada suhu yang rendah.
- Elakkan mensyampu rambut dalam tempoh 48jam selepas mewarna rambut.
- Elakkan melakukan proses kimia ke atas rambut selepas mewarna.
No comments:
Post a Comment