Thursday 4 August 2011

Kontra Indikasi semasa mewarnakan rambut.

UJIAN KULIT UNTUK MENENTUKAN KONTRA INDIKASI
  • Bagi kerja yang melibatkan penggunaan bahan kimia, pendandan mestilah melakukan ujian kulit terlebih dahulu. Ini kerana ada sesetengah individu yang tahan terhadap bahan kimia tertentu dan tahap kekuatan yang digunakan. Sesetengah individu pula alah terhadap bahan kimia yang telah lama ada di pasaran. Ujian kulit perlu dilakukan sekurang-kurangnya 24jam sebelum proses mewarna.
TUJUAN MELAKUKAN UJIAN KULIT
  • Ujian kulit bertujuan untuk memastikan pelanggan tidak alah terhadap bahan kimia yang akan digunakan untuk mewarna rambut. Kesan tindak balas ujian kulit boleh dibahagiakan kepada reaksi positif dan negatif.
REAKSI POSITIF
(Jika terdapat kesan tersebut pada kulit pelanggan, bermakna pelanggan alah terhadap bahan pewarna dan kerja mewarna tidak boleh dilakukan.)
  • Bengkak atau radang (inflamation)
  • Benjol (swelling)
  • Kerengsaan ( irritaition)
  • Ketidakselesaan (discomfort)
  • Kesakitan (soreness)
  • Pening kepala
  • Muntah-muntah
REAKSI NEGATIF
(Jika kesan tersebut tidak terdapat pada kulit pelanggan selepas ujian kulit dijalankan ini menunjukkan pelanggan tiada alahan terhadap bahan pewarna dan kerja mewarna boleh dilakukan)
  • Tiada bengkak atau radang
  • Tiada benjolan atau bengkak halus
  • Tiada kesan kerengsaan
  • Tiada kesan ketidakselesaan
  • Tiada kesan kesakitan

      


No comments:

Post a Comment