Thursday 4 August 2011

Keselamatan- keselamatan yang perlu diikuti semasa mewarnakan rambut

SEBELUM MEWARNAKAN RAMBUT
  • Pastikan alat yang akan digunakan dalam keadaan bersihn telah disteril.
  • Pastikan telah melakukan ujian kulit 24jam sebelum mewarna rambut.
  • Jika terdapat tanda positif semasa ujian kulit, elakkan mewarna rambut.
  • Buat ujian pewarna untuk menentukan warna yang sesuai.
  • Elakkan melakukan rawatan rambut sebelum mewarna
  • Elakkan memberus rambut sebelum mewarna.
  • Pastikan isi padu hidrogen peroksida adalah pada kadar yang betul dan sesuai dengan volume yang dikehendaki.
  • Pastikan kulit kepala tidak bermasalah.

SEMASA MEWARNA RAMBUT
  • Lindungi pakaian pelanggan dan pendandan.
  • Lindungi kulit pelanggan dengan krim pelindung.
  • Sentiasa memakai sarung tangan semasa melakukan kerja mewarna.
  • Bancuh pewarna dengan cermat sebaik sahaja hendak menggunakannya.
  • Jangan gunakan pembancuh (aplikator) dan bekas dari logam untuk membancuh warna.
  • Sentiasa berhati-hati semasa mewarna dan elakkan terkena mata pelanggan.
  • Sentiasa bekerja mengikut arahan dan cekap.
  • Buang segera pewarna yang terkena pada kulit.
  • Jangan menarik rambut terlalu kuat semasa proses mewarna dijalankan.
  • Bersihkan segera warna yang terkena pada pakaian dengan air.
  • Bersihkan segera kulit yang terkena pewarna dengan air.

SELEPAS MEWARNA RAMBUT
  • Jangan gayakan rambut dengan pengetak dan pengikal eletrik.
  • Jangan gunakan suhu yang tinggi semasa meniup kering rambut.
  • Berikan rawatan pemulihan pada rambut yang telah diwarnakan supaya rambut kembali kepada kelenturan asal.
  • Pastikan menyimpan dan mengisi rekod pelanggan.
  • Bersihkan semua alatan yang telah digunakan dengan segera dan simpan di tempat yang betul.
  • simpan bahan pewarna yang lebih di dalam bekas bertutup rapat pada suhu yang rendah.
  • Elakkan mensyampu rambut dalam tempoh 48jam selepas mewarna rambut.
  • Elakkan melakukan proses kimia ke atas rambut selepas mewarna. 

Kontra Indikasi semasa mewarnakan rambut.

UJIAN KULIT UNTUK MENENTUKAN KONTRA INDIKASI
  • Bagi kerja yang melibatkan penggunaan bahan kimia, pendandan mestilah melakukan ujian kulit terlebih dahulu. Ini kerana ada sesetengah individu yang tahan terhadap bahan kimia tertentu dan tahap kekuatan yang digunakan. Sesetengah individu pula alah terhadap bahan kimia yang telah lama ada di pasaran. Ujian kulit perlu dilakukan sekurang-kurangnya 24jam sebelum proses mewarna.
TUJUAN MELAKUKAN UJIAN KULIT
  • Ujian kulit bertujuan untuk memastikan pelanggan tidak alah terhadap bahan kimia yang akan digunakan untuk mewarna rambut. Kesan tindak balas ujian kulit boleh dibahagiakan kepada reaksi positif dan negatif.
REAKSI POSITIF
(Jika terdapat kesan tersebut pada kulit pelanggan, bermakna pelanggan alah terhadap bahan pewarna dan kerja mewarna tidak boleh dilakukan.)
  • Bengkak atau radang (inflamation)
  • Benjol (swelling)
  • Kerengsaan ( irritaition)
  • Ketidakselesaan (discomfort)
  • Kesakitan (soreness)
  • Pening kepala
  • Muntah-muntah
REAKSI NEGATIF
(Jika kesan tersebut tidak terdapat pada kulit pelanggan selepas ujian kulit dijalankan ini menunjukkan pelanggan tiada alahan terhadap bahan pewarna dan kerja mewarna boleh dilakukan)
  • Tiada bengkak atau radang
  • Tiada benjolan atau bengkak halus
  • Tiada kesan kerengsaan
  • Tiada kesan ketidakselesaan
  • Tiada kesan kesakitan

      


Tujuan Bleaching rambut dan langkah-langkah






TUJUAN BLEACHING RAMBUT
  • Untuk mengurangkan warna rambut kepada warna yang lebih cerah,misalnya daripada warna hitam kepada warna coklat,merah,merah keemasan,keemasan,kuning dan kuning muda.
  • Membantu mengembangkan rambut supaya boleh menyerap pewarna yang akan digunakan untuk mewarna rambut.
  • Menjadikan stail rambut lebih menarik dan eksotik.
LANGKAH-LANGKAH / KAEDAH

Kebiasaannya mencerah dilakukan pada keseluruhan rambut. Bagi mempelbagaikan stail pencerahan rambut, teknik tipping, frosting dan streaking boleh dilakukan.
  1. Kaedah tipping - tipping adalah kaedah mencerah secara celupan calit yang dilakukan pada bahagian hujung rambut yang dicerahkan.
Langkah-langkah mencerah dengan kaedah tipping
      1. Menyediakan peralatan
      2. Menyediakan pelanggan :
  • Pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa.
  • Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan.
  • Alas bahu dengan tuala.
  • Syampu rambut (jika perlu)
  • Analisis rambut dan kulit kepala pelanggan
     3. Mencerah rambut (bahagian hadapan rambut sahaja)
     a) Membahagikan rambut
  • Bahagikan rambut kepada dua bahagian,iaitu hadapan dan belakang
  • Klip bahagian belakang rambut dengan kemas.
  • Sapukan krim pelindung di bahagian garis rambut hadapan dan garis pemisah antara hadapan dan belakang.
      b) Membubuh bahan pencerah rambut
  • letakkan kerajang aluminium yang telah dipotong dibahagian belakang rambut.
  • Sapukan campuran pencerah di bahagian hujung rambut dengan anggaran 3/4 daripada panjang rambut.
  • Bungkus rambut dengan kerajang aluminium dan klipkan.
  • Ulang kaedah yang sama dibahagian lain.
  • Biarkan beberapa ketika untuk proses tindakan pencerah.
      c) Membungkus rambut dengan jala rambut untuk mendapatkan haba daripada pengering rambut atau
          alat pemanas eletrik yang lain.
      d) Melakukan ujian pencerah di bawah cahaya yang terang.
      e) Membersihkan pencerah dengan air suam dan bubuh perapi warna.
      f) Mensyampu rambut dengan syampu perapi.
   
      4) Menggayakan rambut dengan stail yang sesuai.

2.Kaedah Frosting
Frosting ialah kaedah mencerah dan menompok warna di bahagian tertentu pada rambut.

Langkah-langkah mencerah dengan kaedah frosting
      1. Menyediakan peralatan dan bahan
      2. Menyediakan pelanggan
  • Pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa.
  • Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan.
  • Alas bahu dengan tuala.
  • Syampu rambut (jika perlu)
  • Analisis rambut dan kulit kepala pelanggan.
      3. Mencerah rambut
      a) Membahagikan rambut
  • Bahagikan rambut kepada sembilan bahagian
  • Tinggalkan rambut anggaran 2.5cm lebar dibahagian belakang. Sapukan krim pelindung di sekeliling garis rambut.
  • Bancuh pencerah rambut.
      c) Menyapu bahan pencerah.
  • Bermula dari bahagian tengkuk, ambil rambut dengan anggaran keluasan 2.5cm persegi.
  • Dengan menggunakan sikat ekor, ambil rambut dalam jumlah yang kecil, alas dengan kerajang aluminium dan sapukan bahan pencerah dia atas serta di bawah rambut.
  • Bungkus rambut menggunakan kerajang aluminium dengan kemas dan klipkan.
  • Ulang kaedah yang sama di bahagian lain hingga habis semua bahagian rambut dengan kedudukan kerajang aluminium berselang seli.
  • Set masa dan buat ujian setiap 15minit sehingga memperoleh warna yang dikehendaki.
      d) Membersih dan membilas rambut.
  • Tanggalkan semua kerajang aluminium dan bilas rambut.
  • Bubuh toner rambut sekurang-kurangnya 10minit untuk hasil yang memuaskan.
  • syampu dan bilas dengan syampu warna. Bubuh perapi.
      4) Menggayakan rambut dengan stail yang sesuai.




Langkah-langkah mewarnakan rambut





Menyediakan Pelanggan

  • Pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa.
  • Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan
  • alas bahu dengan matel mewarna
  • Syampu rambut (jika perlu)
  • Analisis rambut dan kulit kepala

Mewarna rambut dengan kaedah sapuan satu langkah

  1. Bahagikan rambut kepada empat bahagian dan klip dengan kemas.
  2. Sapukan krim pelindung disekeliling rambut
  3. Campurkan pewarna kekal dan hidrogen peroksida ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Sukatan adalah mengikut arahan pengeluar.
  4. Menyapu pewarna rambut:
  • Ambil sebahagian rambut dibahagian 1 anggaran 2.5cm tebal dan kepit dengan dua jari.
  • Sapukan pewarna dari pangkal ke hujung meliputi bahagian atas dan bawah lapisan rambut. Pastikan pewarna tidak terkena kulit kepala.
  • Warnakan rambut selapis demi selapis hingga selesai.
  • Biarkan pewarna bertindak balas selama 30-40minit atau mengikut arahan dari pengeluar produk..
    5Menguji Warna
  • Ambil beberapa helai rambut dan salut dengan kapas yang dilembapkan
  • Periksa perubahan warna. Bersihkan rambut dan periksa perubahan warna di bawah cahaya lampu di tempat yang terang.
  • Jika perubahan warna belum jelas, tambah masa proses.
    6. Membilas rambut
  • Letakkan sedikit air suam  pada rambut yang telah diwarna, kemudian bersihkan pewarna dengan cara mengurut atau mengusap rambut dan kulit kepala hingga bersih.
  • bilas, petap dan keringkan rambut.
     7. Menggayakan rambut dengan Stail yang sesuai
  • Leraikan rambut yang kusut.
  • Rambut boleh digayakan dengan pengering rambut tangan, menggulung atau membuat jalinan.




Peralatan Mewarna Rambut

1. Berus mewarna




2. Matel Mewarna




3. Mangkuk Plastik/kaca




 
4. Klip pembahagi rambut




5. Sikat ekor




6. Tuala




7. apron mewarna




8. Sarung tangan getah




9. Aluminium foil







Kosmetik untuk mewarnakan rambut

1. Hidrogen Peroksida


2. Kapas


3. Perapi



4. Krim Pelindung Rambut




5. Pewarna Kekal





6. Peluntur Rambut




7. Shampoo






 8. Tisu tebal




9. Bedak Talkum







10. Bahan Penstail