Thursday, 4 August 2011

Keselamatan- keselamatan yang perlu diikuti semasa mewarnakan rambut

SEBELUM MEWARNAKAN RAMBUT
  • Pastikan alat yang akan digunakan dalam keadaan bersihn telah disteril.
  • Pastikan telah melakukan ujian kulit 24jam sebelum mewarna rambut.
  • Jika terdapat tanda positif semasa ujian kulit, elakkan mewarna rambut.
  • Buat ujian pewarna untuk menentukan warna yang sesuai.
  • Elakkan melakukan rawatan rambut sebelum mewarna
  • Elakkan memberus rambut sebelum mewarna.
  • Pastikan isi padu hidrogen peroksida adalah pada kadar yang betul dan sesuai dengan volume yang dikehendaki.
  • Pastikan kulit kepala tidak bermasalah.

SEMASA MEWARNA RAMBUT
  • Lindungi pakaian pelanggan dan pendandan.
  • Lindungi kulit pelanggan dengan krim pelindung.
  • Sentiasa memakai sarung tangan semasa melakukan kerja mewarna.
  • Bancuh pewarna dengan cermat sebaik sahaja hendak menggunakannya.
  • Jangan gunakan pembancuh (aplikator) dan bekas dari logam untuk membancuh warna.
  • Sentiasa berhati-hati semasa mewarna dan elakkan terkena mata pelanggan.
  • Sentiasa bekerja mengikut arahan dan cekap.
  • Buang segera pewarna yang terkena pada kulit.
  • Jangan menarik rambut terlalu kuat semasa proses mewarna dijalankan.
  • Bersihkan segera warna yang terkena pada pakaian dengan air.
  • Bersihkan segera kulit yang terkena pewarna dengan air.

SELEPAS MEWARNA RAMBUT
  • Jangan gayakan rambut dengan pengetak dan pengikal eletrik.
  • Jangan gunakan suhu yang tinggi semasa meniup kering rambut.
  • Berikan rawatan pemulihan pada rambut yang telah diwarnakan supaya rambut kembali kepada kelenturan asal.
  • Pastikan menyimpan dan mengisi rekod pelanggan.
  • Bersihkan semua alatan yang telah digunakan dengan segera dan simpan di tempat yang betul.
  • simpan bahan pewarna yang lebih di dalam bekas bertutup rapat pada suhu yang rendah.
  • Elakkan mensyampu rambut dalam tempoh 48jam selepas mewarna rambut.
  • Elakkan melakukan proses kimia ke atas rambut selepas mewarna. 

Kontra Indikasi semasa mewarnakan rambut.

UJIAN KULIT UNTUK MENENTUKAN KONTRA INDIKASI
  • Bagi kerja yang melibatkan penggunaan bahan kimia, pendandan mestilah melakukan ujian kulit terlebih dahulu. Ini kerana ada sesetengah individu yang tahan terhadap bahan kimia tertentu dan tahap kekuatan yang digunakan. Sesetengah individu pula alah terhadap bahan kimia yang telah lama ada di pasaran. Ujian kulit perlu dilakukan sekurang-kurangnya 24jam sebelum proses mewarna.
TUJUAN MELAKUKAN UJIAN KULIT
  • Ujian kulit bertujuan untuk memastikan pelanggan tidak alah terhadap bahan kimia yang akan digunakan untuk mewarna rambut. Kesan tindak balas ujian kulit boleh dibahagiakan kepada reaksi positif dan negatif.
REAKSI POSITIF
(Jika terdapat kesan tersebut pada kulit pelanggan, bermakna pelanggan alah terhadap bahan pewarna dan kerja mewarna tidak boleh dilakukan.)
  • Bengkak atau radang (inflamation)
  • Benjol (swelling)
  • Kerengsaan ( irritaition)
  • Ketidakselesaan (discomfort)
  • Kesakitan (soreness)
  • Pening kepala
  • Muntah-muntah
REAKSI NEGATIF
(Jika kesan tersebut tidak terdapat pada kulit pelanggan selepas ujian kulit dijalankan ini menunjukkan pelanggan tiada alahan terhadap bahan pewarna dan kerja mewarna boleh dilakukan)
  • Tiada bengkak atau radang
  • Tiada benjolan atau bengkak halus
  • Tiada kesan kerengsaan
  • Tiada kesan ketidakselesaan
  • Tiada kesan kesakitan

      


Tujuan Bleaching rambut dan langkah-langkah






TUJUAN BLEACHING RAMBUT
  • Untuk mengurangkan warna rambut kepada warna yang lebih cerah,misalnya daripada warna hitam kepada warna coklat,merah,merah keemasan,keemasan,kuning dan kuning muda.
  • Membantu mengembangkan rambut supaya boleh menyerap pewarna yang akan digunakan untuk mewarna rambut.
  • Menjadikan stail rambut lebih menarik dan eksotik.
LANGKAH-LANGKAH / KAEDAH

Kebiasaannya mencerah dilakukan pada keseluruhan rambut. Bagi mempelbagaikan stail pencerahan rambut, teknik tipping, frosting dan streaking boleh dilakukan.
  1. Kaedah tipping - tipping adalah kaedah mencerah secara celupan calit yang dilakukan pada bahagian hujung rambut yang dicerahkan.
Langkah-langkah mencerah dengan kaedah tipping
      1. Menyediakan peralatan
      2. Menyediakan pelanggan :
  • Pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa.
  • Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan.
  • Alas bahu dengan tuala.
  • Syampu rambut (jika perlu)
  • Analisis rambut dan kulit kepala pelanggan
     3. Mencerah rambut (bahagian hadapan rambut sahaja)
     a) Membahagikan rambut
  • Bahagikan rambut kepada dua bahagian,iaitu hadapan dan belakang
  • Klip bahagian belakang rambut dengan kemas.
  • Sapukan krim pelindung di bahagian garis rambut hadapan dan garis pemisah antara hadapan dan belakang.
      b) Membubuh bahan pencerah rambut
  • letakkan kerajang aluminium yang telah dipotong dibahagian belakang rambut.
  • Sapukan campuran pencerah di bahagian hujung rambut dengan anggaran 3/4 daripada panjang rambut.
  • Bungkus rambut dengan kerajang aluminium dan klipkan.
  • Ulang kaedah yang sama dibahagian lain.
  • Biarkan beberapa ketika untuk proses tindakan pencerah.
      c) Membungkus rambut dengan jala rambut untuk mendapatkan haba daripada pengering rambut atau
          alat pemanas eletrik yang lain.
      d) Melakukan ujian pencerah di bawah cahaya yang terang.
      e) Membersihkan pencerah dengan air suam dan bubuh perapi warna.
      f) Mensyampu rambut dengan syampu perapi.
   
      4) Menggayakan rambut dengan stail yang sesuai.

2.Kaedah Frosting
Frosting ialah kaedah mencerah dan menompok warna di bahagian tertentu pada rambut.

Langkah-langkah mencerah dengan kaedah frosting
      1. Menyediakan peralatan dan bahan
      2. Menyediakan pelanggan
  • Pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa.
  • Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan.
  • Alas bahu dengan tuala.
  • Syampu rambut (jika perlu)
  • Analisis rambut dan kulit kepala pelanggan.
      3. Mencerah rambut
      a) Membahagikan rambut
  • Bahagikan rambut kepada sembilan bahagian
  • Tinggalkan rambut anggaran 2.5cm lebar dibahagian belakang. Sapukan krim pelindung di sekeliling garis rambut.
  • Bancuh pencerah rambut.
      c) Menyapu bahan pencerah.
  • Bermula dari bahagian tengkuk, ambil rambut dengan anggaran keluasan 2.5cm persegi.
  • Dengan menggunakan sikat ekor, ambil rambut dalam jumlah yang kecil, alas dengan kerajang aluminium dan sapukan bahan pencerah dia atas serta di bawah rambut.
  • Bungkus rambut menggunakan kerajang aluminium dengan kemas dan klipkan.
  • Ulang kaedah yang sama di bahagian lain hingga habis semua bahagian rambut dengan kedudukan kerajang aluminium berselang seli.
  • Set masa dan buat ujian setiap 15minit sehingga memperoleh warna yang dikehendaki.
      d) Membersih dan membilas rambut.
  • Tanggalkan semua kerajang aluminium dan bilas rambut.
  • Bubuh toner rambut sekurang-kurangnya 10minit untuk hasil yang memuaskan.
  • syampu dan bilas dengan syampu warna. Bubuh perapi.
      4) Menggayakan rambut dengan stail yang sesuai.




Langkah-langkah mewarnakan rambut





Menyediakan Pelanggan

  • Pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa.
  • Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan
  • alas bahu dengan matel mewarna
  • Syampu rambut (jika perlu)
  • Analisis rambut dan kulit kepala

Mewarna rambut dengan kaedah sapuan satu langkah

  1. Bahagikan rambut kepada empat bahagian dan klip dengan kemas.
  2. Sapukan krim pelindung disekeliling rambut
  3. Campurkan pewarna kekal dan hidrogen peroksida ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Sukatan adalah mengikut arahan pengeluar.
  4. Menyapu pewarna rambut:
  • Ambil sebahagian rambut dibahagian 1 anggaran 2.5cm tebal dan kepit dengan dua jari.
  • Sapukan pewarna dari pangkal ke hujung meliputi bahagian atas dan bawah lapisan rambut. Pastikan pewarna tidak terkena kulit kepala.
  • Warnakan rambut selapis demi selapis hingga selesai.
  • Biarkan pewarna bertindak balas selama 30-40minit atau mengikut arahan dari pengeluar produk..
    5Menguji Warna
  • Ambil beberapa helai rambut dan salut dengan kapas yang dilembapkan
  • Periksa perubahan warna. Bersihkan rambut dan periksa perubahan warna di bawah cahaya lampu di tempat yang terang.
  • Jika perubahan warna belum jelas, tambah masa proses.
    6. Membilas rambut
  • Letakkan sedikit air suam  pada rambut yang telah diwarna, kemudian bersihkan pewarna dengan cara mengurut atau mengusap rambut dan kulit kepala hingga bersih.
  • bilas, petap dan keringkan rambut.
     7. Menggayakan rambut dengan Stail yang sesuai
  • Leraikan rambut yang kusut.
  • Rambut boleh digayakan dengan pengering rambut tangan, menggulung atau membuat jalinan.




Peralatan Mewarna Rambut

1. Berus mewarna




2. Matel Mewarna




3. Mangkuk Plastik/kaca




 
4. Klip pembahagi rambut




5. Sikat ekor




6. Tuala




7. apron mewarna




8. Sarung tangan getah




9. Aluminium foil







Kosmetik untuk mewarnakan rambut

1. Hidrogen Peroksida


2. Kapas


3. Perapi



4. Krim Pelindung Rambut




5. Pewarna Kekal





6. Peluntur Rambut




7. Shampoo






 8. Tisu tebal




9. Bedak Talkum







10. Bahan Penstail








Tuesday, 26 July 2011

Jenis-Jenis Shampoo





Jangan  menggunakan berbagai jenis syampoo sembarangan, atau sering bertukar-ganti jenis syampoo. Fungsi syampoo tidak hanya sekadar membersihkan rambut kita dari kotoran, tapi juga merawat dan menimbulkan efek tertentu pada rambut setelah kering. Jika tidak sesuai dengan jenis rambut kita, akan menimbulkan rasa gatal, kelumumur, rambut kering, dan juga iritasi.

Berbagai jenis syampoo diciptakan untuk berbagai jenis rambut. oleh itu, kita harus cermat memilih syampoo yang sesuai dengan rambut kita. Misalnya, jika memiliki jenis rambut berminyak, jangan gunakan syampoo atau kondisioner yang diformulasikan khusus untuk rambut kering. Syampoo untuk rambut kering pasti mengandungi lebih banyak pelembap dan kandungan minyak. Jika kandungan tersebut dipakaikan pada rambut berminyak, rambut akan semakin lepek dan lebih senang berminyak. Akibatnya, kelumumur lebih mudah timbul dan rambut mudah kotor.

Banyak syampoo yang memiliki kandungan tertentu dengan berbagai manfaat, diantaranya clarifying shampoo untuk mengurangi lepek pada rambut, nourishing shampoo yang berfungsi menutrisi rambut kering dan rosak atau syampoo yang diciptakan khusus untuk perawatan rambut yang telah dikeriting, diluruskan atau diwarnai.

Cermat memilih syampoo dapat menghindarkan rambut kita dari berbagai masalah. Cara mendapatkan syampoo yang tepat adalah, pertama kita harus mengetahui jenis rambut. Apakah berminyak, normal atau kering. Jenis rambut berminyak biasanya terlihat lepek dan kusam, cepat berminyak meskipun baru dibasuh, debu mudah menempel dan perlu lebih sering dibasuh.

Sedangkan jenis rambut kering ditandai dengan rambut bercabang di ujung, mudah putus, terasa kasar bila disentuh dan sukar untuk disikat. Sementara untuk kulit normal, tidak terlalu banyak masalah kerana memiliki kelembapan yang cukup. Tidak terlalu berminyak, juga tidak terlalu kering. Namun perlu diperhatikan juga dalam memilih syampo dan kondisioner. Gunakan syampoo untuk rambut normal untuk mencegah kerosakan rambut.

Jika Rambut Anda Berminyak:
Pilih syampoo yang dibuat khusus untuk rambut berminyak. Formulanya harus mampu membersihkan minyak dan lemak pada kulit kepala, tapi juga harus sesuai untuk penggunaan sehari-hari. Produk tidak harus yang berformula terlalu kuat, kerana bahan kimia yang terlalu kuat dapat mengambil kandungan minyak yang terdapat di kulit kepala, sehingga kelenjar minyak pada kulit kepala akan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk mengatasi kekeringan, yang akibatnya rambut akan semakin berminyak.
Untuk penggunaan kondisioner, pilih yang sedikit mengandung minyak untuk mencegah kelebihan minyak dan agar rambut tidak terlalu lembap. Jenis Clarifying Shampoo merupakan pilihan yang paling tepat untuk Si Rambut Berminyak, karena secara efektif mengurangi kandungan minyak dan lemak, sehingga rambut tidak lepek dan terasa lebih ringan. Syampo dengan ekstrak mint atau lemon merupakan pilihan ideal untuk rambut berminyak. Bersihkan rambut minimal tiga kali seminggu.

Untuk Rambut Kering:
Rambut kering cenderung bercabang dan mudah patah. Pilih syampoo khusus rambut kering yang mengandungi lebih banyak pelembap dan nutrisi. Formulanya juga harus lembut dan mengandungi bahan-bahan yang mengandungi  minyak almond, madu, chamomile, atau minyak zaitun. Kondisioner pelembap sangat diwajibkan untuk rambut kering. Tekstur kondisioner yang lebih pekat merupakan pilihan sempurna untuk rambut kering dan rosak, untuk perawatan harian yang lebih intensif.

Rambut Diwarnai, Diluruskan/Dikeriting:
Jika rambut telah mengalami pewarnaan, pelurusan atau pengeritingan, anda harus lebih hati-hati dalam memilih produk perawatan rambut. Produk seharusnya dapat mempertahankan warna pewarna rambut dan memperbaiki kerosakan rambut yang terjadi selama proses pewarnaan. sebanyak mana pewarna rambut yang anda gunakan, produk tersebut tetap mengandung bahan kimia yang keras.
Gunakan syampoo yang dibuat khusus untuk rambut diwarnai/dikeriting/diluruskan dengan UV filter untuk mencegah warna rambut dari pudar. Syampoo harus lebih banyak mengandungi berbagai nutrisi untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan bahan kimia dari pewarna rambut atau produk pelurus/pengeriting rambut. Lengkapi juga perawatan dengan kondisioner dan masker rambut.

Rambut yang  Mudah berkelumumur:
Jika rambut anda mudah berkelumumur, anda harus memilih syampo dan kondisioner atau serum anti kelumumur. Syampoo jenis ini mampu membersihkan kulit kepala secara efektif dan menghilangkan kelumumur selama beberapa hari. Beberapa jenis syampo anti ketombe menawarkan bahan khusus seperti ketoconazole yang berfungsi mencegah penyebab kelumumur dan menormalkan kadar pH kulit.


Langkah - Langkah Mencuci rambut



Rambut rosak,rambut bercabang.. rambut luruh.. memang masalah biasa yang sering kita alami walaupun telah pelbagai produk syampu yang telah digunakan.. tahukah anda jika sering bertukar syampu juga mengundang pada kerosakan rambut. Jadi pertama sekali kekalkan penggunaan syampu anda setelah merasakan jenis syampu tersebut sesuai dengan anda.
Berikut adalah cara mencuci rambut dengan betul dan peralatan-peralatan yang harus disediakan terlebih dahulu.

Peralatan:



Syampoo

Perapi

Pengering Rambut


Sikat Bergigi Besar



Air


Mangkuk



Sikat Blow



Kain Serta plastik untuk melapik bahu pelanggan



Klip Pembahagi Rambut


Botol Air

Cara - Cara:
1 ) Basahkan rambut  terlebih dahulu sebaiknya menggunakan air suam untuk membuka kutikel-kutikel rambut.

2 ) Tuangkan syampu lebih kurang 1 sudu makan ke tapak tangan anda dan gosok mengunakan kedu-dua belah tangan, kemudian barulah di gosokkan perlahan-lahan pada rambut. Usap hingga ke kulit kepala untuk menaggalkan sel sel kulit mati jika tidak inilah yang akan menyumbang pada kelumumur. Elakkan menyental bahagian hujung rambut. Tidak perlu untuk menaikkan semua rambut anda ke atas kepala kerana ini akan menyebabkan rambut kusut.3 ) Bilas rambut dengan sempurna iaitu dengan sebersih-bersihnya.

4 ) Untuk mengeluarkan lebihan air pada rambut anda, lurutkan perlahan-lahan dan tekan rambut anda. Tetapi jangan pula mengasari atau menarik-narik rambut anda kerana rambut amat lembut  didalam keadaan basah.

5 ) Setelah mengeluarkan lebihan air pada rambut inilah  masanya untuk mengenakan conditioner.  Sapukan conditioner keseluruh rambut anda dan lebihkan pada bahagian hujung rambut. Pastikan sapuan keseluruh bahagian rambut kemudian tutup rambut menggunakan shower cap dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.

6) Bilas rambut sebersih-bersihnya langkah ini amat penting agar tidak belaku iritasi pada kulit kepala.  Sebaiknya bilasan terakhir menggunakan air sejuk kerana ini akan menutup kembali kutikel rambut anda semula di samping memberi efek rambut yang bersinar.

 
7) Seminggu sekali gunakan hair treatment yang sesuai untuk rambut anda.







                         Tips Tips rambut yang perlu di ketahui

- Sebenarnya rambut tidak perlu memakai leave on mosturizer kerana ini akan menyebabkan rambut melekit dan membawa pada kerosakan.

- Lebih baik menggunakan serum rambut yang dapat menyihatkan rambut dan membuatkan rambut lebih bersinar.

- Jangan sesekali meninggalkan perapi ( conditioner) setiap kali bersyampu.

- Biarkan rambut anda kering sendiri lebih baik dari menggunakan hair dryer jika anda tidak sibuk.

- Sikat rambut sebelum mula bersyampu membuatkan rambut lebih senang di urus dan mengelakkan rambut kusut ketika bersyampu yang mengundang pada kerosakan

Thursday, 14 July 2011

Eyoi Team Makeup Artistik

      Solekan- Solekan dibawah ini adalah hasil kerja dari   
                                                Eyoi Team Makeup Artistik. 


 Flora
Solekan ini berkonsep Flora yang mengetengahkan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan. Hiasan bunga diatas kepala membuatkan solekan ini serta konsep ini nampak lebih nyata. Kelopak bunga yang diletakkan dibahagian mata membuatkan solekan menjadi lebih menarik. body painting juga boleh digunakan untuk melukis atau melakar corak bunga pada badan model.


 Murder Girl
Solekan ini bertemakan "Murder Girl". Solekan ini juga lebih kepada rupa-rupa yang ngeri serta menakutkan. Untuk menampakkan lagi kesan solekan itu seperti nyata,untuk kesan-kesan luka pada badan model konsep pembunuhan ini, bolehla kita gunakan latex serta gunakan foundation dan warna-warna yang sesuai untuk  menjadi kan luka tersebut seperti luka yang sebenar. Pewarna merah juga boleh digunakan sebagai darah untuk solekan ini nampak lebih berkesan

Mermaid

Manakala gambar yang ini adalah konsep mermaid. Selain dari makeup yang cantik dimuka model, solekan ini juga banyak menggunakan body painting colour untuk melukiskan dibadan model tersebut agar sisik-sisik dan corak dibadan model tersebut nampak menarik dan sama seperti mermaid yang sebenar.

Recycle Awareness

Konsep mekap ini menggunakan bahan yang boleh digunakan semula contohnya seperti suratkhabar lama. ia membuatkan konsep ini kelihatan unik ditambah dengan solekan yang menarik dan sesuai dengan konsep ini. 

Queen Snake (Fauna)

Konsep solekan ini bercirikan ratu ular..solekan yang menarik ini kelihatan lebih nyata dengan pakaian dan perhiasan yang diletakkan diatas kepala model tersebut.mekap menarik dimuka model ini juga menggunakan body painting agar solekan akan menjadi cantik dan seperti ratu ular yang sebenar.




Saturday, 9 July 2011

Tugasan di dalam kelas

Setiap kali kelas solekan, kami telah diberi tugasan untuk menyolek dan menggayakan rambut seorang model dengan konsep yang berlainan. Dibawah ini adalah hasil solekan yang telah dibuat didalam kelas solekan yang menggunakan teknik double line yang boleh juga digunakan untuk solekan siang




Rambut Model yang telah didandan menggunakan Tong









Day Makeup