Tuesday, 26 July 2011
Jenis-Jenis Shampoo
Jangan menggunakan berbagai jenis syampoo sembarangan, atau sering bertukar-ganti jenis syampoo. Fungsi syampoo tidak hanya sekadar membersihkan rambut kita dari kotoran, tapi juga merawat dan menimbulkan efek tertentu pada rambut setelah kering. Jika tidak sesuai dengan jenis rambut kita, akan menimbulkan rasa gatal, kelumumur, rambut kering, dan juga iritasi.
Berbagai jenis syampoo diciptakan untuk berbagai jenis rambut. oleh itu, kita harus cermat memilih syampoo yang sesuai dengan rambut kita. Misalnya, jika memiliki jenis rambut berminyak, jangan gunakan syampoo atau kondisioner yang diformulasikan khusus untuk rambut kering. Syampoo untuk rambut kering pasti mengandungi lebih banyak pelembap dan kandungan minyak. Jika kandungan tersebut dipakaikan pada rambut berminyak, rambut akan semakin lepek dan lebih senang berminyak. Akibatnya, kelumumur lebih mudah timbul dan rambut mudah kotor.
Banyak syampoo yang memiliki kandungan tertentu dengan berbagai manfaat, diantaranya clarifying shampoo untuk mengurangi lepek pada rambut, nourishing shampoo yang berfungsi menutrisi rambut kering dan rosak atau syampoo yang diciptakan khusus untuk perawatan rambut yang telah dikeriting, diluruskan atau diwarnai.
Cermat memilih syampoo dapat menghindarkan rambut kita dari berbagai masalah. Cara mendapatkan syampoo yang tepat adalah, pertama kita harus mengetahui jenis rambut. Apakah berminyak, normal atau kering. Jenis rambut berminyak biasanya terlihat lepek dan kusam, cepat berminyak meskipun baru dibasuh, debu mudah menempel dan perlu lebih sering dibasuh.
Sedangkan jenis rambut kering ditandai dengan rambut bercabang di ujung, mudah putus, terasa kasar bila disentuh dan sukar untuk disikat. Sementara untuk kulit normal, tidak terlalu banyak masalah kerana memiliki kelembapan yang cukup. Tidak terlalu berminyak, juga tidak terlalu kering. Namun perlu diperhatikan juga dalam memilih syampo dan kondisioner. Gunakan syampoo untuk rambut normal untuk mencegah kerosakan rambut.
Jika Rambut Anda Berminyak:
Pilih syampoo yang dibuat khusus untuk rambut berminyak. Formulanya harus mampu membersihkan minyak dan lemak pada kulit kepala, tapi juga harus sesuai untuk penggunaan sehari-hari. Produk tidak harus yang berformula terlalu kuat, kerana bahan kimia yang terlalu kuat dapat mengambil kandungan minyak yang terdapat di kulit kepala, sehingga kelenjar minyak pada kulit kepala akan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk mengatasi kekeringan, yang akibatnya rambut akan semakin berminyak.
Untuk penggunaan kondisioner, pilih yang sedikit mengandung minyak untuk mencegah kelebihan minyak dan agar rambut tidak terlalu lembap. Jenis Clarifying Shampoo merupakan pilihan yang paling tepat untuk Si Rambut Berminyak, karena secara efektif mengurangi kandungan minyak dan lemak, sehingga rambut tidak lepek dan terasa lebih ringan. Syampo dengan ekstrak mint atau lemon merupakan pilihan ideal untuk rambut berminyak. Bersihkan rambut minimal tiga kali seminggu.
Untuk Rambut Kering:
Rambut kering cenderung bercabang dan mudah patah. Pilih syampoo khusus rambut kering yang mengandungi lebih banyak pelembap dan nutrisi. Formulanya juga harus lembut dan mengandungi bahan-bahan yang mengandungi minyak almond, madu, chamomile, atau minyak zaitun. Kondisioner pelembap sangat diwajibkan untuk rambut kering. Tekstur kondisioner yang lebih pekat merupakan pilihan sempurna untuk rambut kering dan rosak, untuk perawatan harian yang lebih intensif.
Rambut Diwarnai, Diluruskan/Dikeriting:
Jika rambut telah mengalami pewarnaan, pelurusan atau pengeritingan, anda harus lebih hati-hati dalam memilih produk perawatan rambut. Produk seharusnya dapat mempertahankan warna pewarna rambut dan memperbaiki kerosakan rambut yang terjadi selama proses pewarnaan. sebanyak mana pewarna rambut yang anda gunakan, produk tersebut tetap mengandung bahan kimia yang keras.
Gunakan syampoo yang dibuat khusus untuk rambut diwarnai/dikeriting/diluruskan dengan UV filter untuk mencegah warna rambut dari pudar. Syampoo harus lebih banyak mengandungi berbagai nutrisi untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan bahan kimia dari pewarna rambut atau produk pelurus/pengeriting rambut. Lengkapi juga perawatan dengan kondisioner dan masker rambut.
Rambut yang Mudah berkelumumur:
Jika rambut anda mudah berkelumumur, anda harus memilih syampo dan kondisioner atau serum anti kelumumur. Syampoo jenis ini mampu membersihkan kulit kepala secara efektif dan menghilangkan kelumumur selama beberapa hari. Beberapa jenis syampo anti ketombe menawarkan bahan khusus seperti ketoconazole yang berfungsi mencegah penyebab kelumumur dan menormalkan kadar pH kulit.
Langkah - Langkah Mencuci rambut
Rambut rosak,rambut bercabang.. rambut luruh.. memang masalah biasa yang sering kita alami walaupun telah pelbagai produk syampu yang telah digunakan.. tahukah anda jika sering bertukar syampu juga mengundang pada kerosakan rambut. Jadi pertama sekali kekalkan penggunaan syampu anda setelah merasakan jenis syampu tersebut sesuai dengan anda.
Berikut adalah cara mencuci rambut dengan betul dan peralatan-peralatan yang harus disediakan terlebih dahulu.
Peralatan:
Syampoo |
Perapi |
Pengering Rambut |
Sikat Bergigi Besar |
Air |
Mangkuk |
Sikat Blow |
Kain Serta plastik untuk melapik bahu pelanggan |
Klip Pembahagi Rambut |
Botol Air |
Cara - Cara:
1 ) Basahkan rambut terlebih dahulu sebaiknya menggunakan air suam untuk membuka kutikel-kutikel rambut.
2 ) Tuangkan syampu lebih kurang 1 sudu makan ke tapak tangan anda dan gosok mengunakan kedu-dua belah tangan, kemudian barulah di gosokkan perlahan-lahan pada rambut. Usap hingga ke kulit kepala untuk menaggalkan sel sel kulit mati jika tidak inilah yang akan menyumbang pada kelumumur. Elakkan menyental bahagian hujung rambut. Tidak perlu untuk menaikkan semua rambut anda ke atas kepala kerana ini akan menyebabkan rambut kusut.3 ) Bilas rambut dengan sempurna iaitu dengan sebersih-bersihnya.
4 ) Untuk mengeluarkan lebihan air pada rambut anda, lurutkan perlahan-lahan dan tekan rambut anda. Tetapi jangan pula mengasari atau menarik-narik rambut anda kerana rambut amat lembut didalam keadaan basah.
5 ) Setelah mengeluarkan lebihan air pada rambut inilah masanya untuk mengenakan conditioner. Sapukan conditioner keseluruh rambut anda dan lebihkan pada bahagian hujung rambut. Pastikan sapuan keseluruh bahagian rambut kemudian tutup rambut menggunakan shower cap dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.
6) Bilas rambut sebersih-bersihnya langkah ini amat penting agar tidak belaku iritasi pada kulit kepala. Sebaiknya bilasan terakhir menggunakan air sejuk kerana ini akan menutup kembali kutikel rambut anda semula di samping memberi efek rambut yang bersinar.
7) Seminggu sekali gunakan hair treatment yang sesuai untuk rambut anda.
Tips Tips rambut yang perlu di ketahui
- Sebenarnya rambut tidak perlu memakai leave on mosturizer kerana ini akan menyebabkan rambut melekit dan membawa pada kerosakan.
- Lebih baik menggunakan serum rambut yang dapat menyihatkan rambut dan membuatkan rambut lebih bersinar.
- Jangan sesekali meninggalkan perapi ( conditioner) setiap kali bersyampu.
- Biarkan rambut anda kering sendiri lebih baik dari menggunakan hair dryer jika anda tidak sibuk.
- Sikat rambut sebelum mula bersyampu membuatkan rambut lebih senang di urus dan mengelakkan rambut kusut ketika bersyampu yang mengundang pada kerosakan
Thursday, 14 July 2011
Eyoi Team Makeup Artistik
Solekan- Solekan dibawah ini adalah hasil kerja dari
Eyoi Team Makeup Artistik.
Eyoi Team Makeup Artistik.
Recycle Awareness
Konsep mekap ini menggunakan bahan yang boleh digunakan semula contohnya seperti suratkhabar lama. ia membuatkan konsep ini kelihatan unik ditambah dengan solekan yang menarik dan sesuai dengan konsep ini.
Queen Snake (Fauna)
Konsep solekan ini bercirikan ratu ular..solekan yang menarik ini kelihatan lebih nyata dengan pakaian dan perhiasan yang diletakkan diatas kepala model tersebut.mekap menarik dimuka model ini juga menggunakan body painting agar solekan akan menjadi cantik dan seperti ratu ular yang sebenar.
Saturday, 9 July 2011
Tugasan di dalam kelas
Setiap kali kelas solekan, kami telah diberi tugasan untuk menyolek dan menggayakan rambut seorang model dengan konsep yang berlainan. Dibawah ini adalah hasil solekan yang telah dibuat didalam kelas solekan yang menggunakan teknik double line yang boleh juga digunakan untuk solekan siang
Rambut Model yang telah didandan menggunakan Tong |
Day Makeup |
Potongan & Penggayaan Rambut
Bagi wanita mahupun lelaki, rambut sebahagian daripada kecantikan. Rambut yang sihat, lebat dan berkilau dengan pemilihan gaya rambut yang tepat akan meningkatkan nilai kejelitaan seseorang. Disini saya sertakan beberapa gayaan rambut yang sesuai untuk kita gayakan ke majlis-majlis makan malam atau ke tempat-tempat tertentu.
Rambut patung yang telah dikerintingkan menggunakan "tong" |
Pandangan dari depan |
Sanggul Pramugari |
Sanggul yang biasanya dibuat untuk majlis perkahwinan atau makan malam |
Sanggul Indonesia |
Subscribe to:
Posts (Atom)